Sunday, May 2, 2010

Pengenalan Progam


Empowering Vision in Leadership '10 merupakan nama penuh program lawatan akademik Mantan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009. Lokasi lawatan bertempat di Beijing, China yang akan bermula pada 10 Mei sehinggga14 Mei 2010. Rombongan lawatan ini melibatkan 23 orang mantan mpp 0809 dan diiringi 2 orang Pegawai Kanan Universiti. Merujuk kepada perancangan program, terdapat 3 buah Universiti akan dikunjungi yang juga merupakan antara Universiti terkemuka di China. Selain itu rombongan ini juga akan melawat Kedutaan Malaysia yang menjadi pusat utama pengurusan pelajar Malaysia di Beijing.


Pendekatan mantan mpp terhadap program ini bukan hanya sekadar "syok sendiri" namun mantan cuba untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang di perolehi dengan seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Semoga program yang bertemakan "Embracing Leadership Culture - Towards Mutual Excellence" ini dapat memberi percambahan idea dan pengalaman baru khususnya dalam pembangunan aktiviti mahasiswa/i UTHM.


Pelancaran blog ini adalah untuk membuat catatan tidak rasmi bagi pogram ini. Insya'allah segala perjalanan program ini akan dikongsi melalui http://mpputhm0809beijing.blogspot.com/ . Ikuti perkembangan cerita dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment