Wednesday, May 12, 2010

Delegasi UTHM ke Beijing, China [PART 1]

SENTAP SEKETIKA.


Ketika peserta delegasi terkejar-kejar untuk sampai di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menaiki bas ke KLIA bertukar menjadi hampa seketika. Perkara ini berlaku apabila bas yang di janjikan akan bertolak pada pukul 2.00 petang masih belum tiba. Pada masa itu semua peserta delegasi sudah pun sampai dan bersedia untuk bertolak. Namun kekecewaan yang timbul bukan penghalang kepada delegasi untuk meneruskan perjuangan. Usaha saudara ridhuan, izzat dan amir untuk membuat panggilan kepada pegawai yang berkenaan terus dilakukan. Pangilan demi panggilan dibuat. Akhirnya jawapan kelewatan bas di ketahui apabila terdapat salah faham daripada pihak pemandu berkaitan dengan waktu bas bertolak. Oleh itu, peserta delegasi terpaksa memulakkan penerokahan ini pada pukul 3:30 petang. Semangat baru peserta delegasi rentetan perkara yang berlaku menjadikan peserta lebih bersemangat. Kini peserta delegasi membawakan semangat “Dengan Hikmah Kita Meneroka” ke bandaraya tercantik di dunia ini.

PERJALANAN BARU BERMULA

Bermula dengan perjalanan daripada UTHM ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Semasa perjalanan peserta delegasi mengambil kesempatan untuk belajar serbah sedikit bahasa Mandarin. Saudara Lee Tee Chuan bertindak sebagai pengajar bahasa Mandarin pada masa itu. Penggunaan bahasa harian dan cara hendak memperkenalkan diri menjadi tajuk pembelajaran. Walaupun agak susah untuk menyebut sebutan dalam bahasa Mandarin, tetapi ilmu ini perlu di pelajari bukan sekadar untuk lawatan ke Beijing tetapi ia juga boleh digunakan di pada bila-bila masa semasa berada di Malaysia. Dikala mempelajari bahasa mandarin, kami sempat berbincang berkaitan dengan persoalan yang boleh di utarakan semasa sesi bersama Universiti di Beijing. Hasilnya kami memilih isu berkaitan dengan perbezaan sistem pendidikan yang di amalkan oleh kedua-dua buah Negara.


Keriangan semasa perbincangan dan pembelajaran menjadikan perjalanan kami terasa agak singkat. Kami telah pun tiba di KLIA pada pukul 6.00 petang. Kami semua bergerak ke bahagian penerbangan untuk check in bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sebelum check in , kami mengenakan tanda nama dan reben di bagasi masing-masing. Perkara ini perlu dibuat untuk memudahkan urusan pengambilan bagasi dan proses pendaftaran imegresen di Beijing nanti. Selepas check in kami pergi makan dan solat Jamak ta’dim.


Kini kami beratur untuk masuk ke balai pelepasan. Namun timbul masalah apabila terdapat peserta yang membawa barangan dalam bentuk cecair (minyak rambut, lotion, ubat gigi, Listerine dll) melebihi 100ml. Barangan cecair yang melebihi 100ml tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam pesawat. Oleh itu, peserta yang membawa barangan tersebut terpaksa menyerahkan semula kepada keluarga untuk dibawa pulang. Delegasi tiba di Singapura pada pukul 10.50pm kemudian penerbangan akan transit dari Singapura ke Beijing pada pukul 1:10pm.

Sementara menanti penerbangan ke Beijing, peserta sempat membuat tinjauan keistimewaan dan kecanggihan sistem Changi Aiport Singapore. Changi Airport banyak menggunakan system teknologi dan senibina bangunannya pula sangat menarik. Aspek kebersihan juga amat di utamakan di singapura dimana banyak tong sampah disediakan termasuk tong sampah kitar semula.

Semasa penerbangan ke Beijing, penumpang disajikan dengan makanan halal dan pelbagai kemudahan diberikan kepada penumpang sepanjang penerbangan. Peserta delegasi selamat tiba di Beijing, China pada pukul 7:20pagi dengan suhu pada pagi itu adalah 10 darjah celcius. Keadaan cuaca panas tetapi bersuhu sejuk ini mungkin menjadi pengalaman yang sangat manis bagi peserta di Beijing.
Setibanya di Beijing, peserta terus ke restoran halal di Beijing untuk sarapan bagi. Selepas sahaja sarapan, peserta bersiap-siap di restoran yang sama untuk pergi ke Kedutaan Malaysia di Beijing. Dengan hanya menukar sut pakaian formal tanpa membersihkan diri, peserta terus bergegas ke Kedutaan Malaysia. Ini kerana masa lawatan yang dijanjikan adalah pada pukul 9:00 pagi.
Sepanjang perjalanan ke kedutaan Malaysia, pelbagai perkara yang menjadi persoalan kami bila melihat banyak perkara yang pelik berlaku di sekeliling. Antaranya keadaan lalu lintas di Beijing yang sangat teruk dan fenomena ini seperti sudah menjadi kebiasaan kepada penduduk Beijing. Apa yang menarik, pemandu sempat keluar dari kenderaan untuk melakukan kerja-kerja lain. Ada yang mengisap rokok, ada yang membersihkan kereta dan ada juga yang sempat bersembang. Sungguh menarik melihat gelagat mereka. Selain itu Beijing juga terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya sepanjang hari.

KEDUTAAN MALAYSIA DI BEIJING

Setiba di kedutaan Malaysia, delegasi di sambut mesra oleh Encik Wong Chong Way selaku unit pendidikan.Delegasi terus ke bilik mesyuarat untuk memulakan sesi taklimat. Sesi taklimat dimulakan dengan Encik Ahmad Fadhil b Mohd Ismail selaku Setiausaha kedua diikuti oleh Encik Wong. Kemudian sesi soal jawab dibuka untuk membincangkan perkara yang kurang jelas. Fungsi utama Kedutaan adalah menguruskan warga Malaysia yang belajar atau bekerja di China. Semua pengurusan yang berkaitan dengan hal ehwal warga Malaysia hendaklah merujuk kepada Kedutaan Malaysia. Selain itu, ia juga berfungsi untuk mempromosikan Pengajian Tinggi Malaysia kepada Negara China. Terdapat 4000 orang pelajar Malaysia yang menuntut di China. Kebanyakkan pelajar menuntut di Beijing Foreign and Culture Universiti (BFCU) bagi program bahasa Cina. Penuntut ini di taja oleh KPTM dan ada juga penaja-penaja dari dalam Negara untuk menjadi Guru Bahasa Cina kelak. Terdapat 118 orang tajaan KPTM dan Mara dengan nilai RM2200 sebulan. Kedutaan Malaysia juga ada membuat program untuk mepromosikan kebudayaan Malaysia di china setiap tahun. Setakat ini, laporan menunjukkan pelajar Malaysia masih belum pernah melakukan kes jenayah berat.

Sesi talimat daripada Encik Wong chong Way selaku Unit Pendidikan berkaitan dengan tugas dan fungsi Kedutaan Malaysia di Beijing.

Sesi soal jawab bersama Encik Ahmad Fadhil bin Mohd Ismail. Beliau merupakan setiausaha kedua di Kedutaan Malaysia

Penyampaian cenderamata daripada UTHM kepada Kedutaan Malaysia kerana sudi menerima kunjungan daripada UTHM.


Sesi bergambar bersama wakil Kedutaan Malaysia.


Merupakan pengawal keselamatan di Kedutaan Malaysia yang berasal daripada China. Sistem Kawalan dan keselamtan yang digunakan adalah berpandukan sistem Negara China.




DOKUMENTARI SUMMER PALACE

Summer Palace merupakan tempat istirehat Maharaja pada musim panas. Keluasan tempat ini adalah 300 hektar yang di lengkapi dengan tempat rehat, tempat tidur Maharaja dan permaisuri serta tempat tidur gundik dan pengikutnya. Terdapat tasik buatan bagi menghasilkan mutiara untuk permaisuri. Keindahan dan tiupan angin yang sejuk di Summer Palace ini menjadikan banyak pelancong datang untuk menikmati tempat istirehat Maharaja pada Zaman dahulu.




DOKUMENTARI MUTIARA DI BEIJING

Mutiara merupakan barang perhiasan Permaisuri sejak dahulu kala. China merupakan penghasil Mutiara yang terkenal dan mutiara yang dihasilkan adalah asli. Mutiara yang dihasilkan adalah mutiara air tawar. Di China harga mutiara adalah lebih murah berbanding di Negara luar dan keaslian mutiara juga terjaga. Dimana kerajaan China menjaga keaslian dan keistimewaan Mutiara yang dihasilkan oleh Negara China.



DOKUMENTARI TEH DI CHINA

Teh merupakan minuman tradisional dan minuman utama bagi warga China. Minuman ini dipercayai baik untuk kesihatan dan sesuai di minum oleh semua lapisan masyarakat. Terdapat pelbagai jenis teh yang popular di China. Antaranya ialah Teh Ulong, Teh Jasmine, Teh Laici dan Teh Pure dimana setiap jenis teh ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing. Teh Pure merupakan teh paling berkualiti yang berasal daripada wilayah yunan. Teh ini boleh melancarkan peredaran darah, menurunkan kelestrol dan banyak lagi.





CHECK IN HOTEL

Setelah letih seharian sejak bermula penerbangan dari KLIA, akhirnya kami check in di sebuah hotel di Beijing. Kami mula check in pada pukul 5:00pm. Kami terus berihkan diri dan bersiap sedia untuk pergi makan malam. Program pada hari pertama cukup mencabar dan menguji kesabaran peserta delegasi. Program kami untuk hari pertama selesai pada pukul 11:00pm. Program hari kedua bermula pada pukul 7:00 pagi.

Pada asalnya, ketua editor ingin “update” blog tetapi terdapat masalah apabila Negara China menghalang penggunaan Facebook dan Blogspoot. Oleh itu terdapat kelewatan untuk “update” blog dan terpaksa memohon bantuan kepada rakan di Malaysia dengan meggunakan email. Kami juga terpaksa membeli nombor talian China untuk memudahkan perhubungan dengan rakan di Malaysia.

Semoga tiada halangan yang akan timbul untuk hari seterusnya....ikuti coretan di Part 2.

0 comments:

Post a Comment