Wednesday, May 5, 2010

Info Beijing, China

Seperti lazimnya, persediaan awal perlu dibuat sebelum penjelajahan dibuat. Antara persediaan awal yang perlu dibuat ialah mengetahui serba sedikit berkaitan dengan Beijing. Perkara ini perlu kita ambil kira untuk memmudahkan segala urusan kita kelak.

Pertama : Penggunaan bahasa tempatan di Beijing ialah bahasa Mandarin. Mungkin ini menjadi salah satu cabaran bagi peserta yang tidak fasih berbahasa Mandarin.

Kedua : Keadaan Cuaca/Musim di Beijing yang difahamkan pada masa Lawatan ia dalam Keadaan Panas ( Siang 25 darjah celcius dan Malam 12 darjah celcius). Dijangka pada masa itu juga akan mengalami hujan dan berawan. Oleh itu peserta di minta membawa Payung lipat/Baju Hujan, Hand & Body Lotion dan Lip Gloss.

Ketiga : Tempat Makan yang sesuai dengan kehendak. Beijing tidak menjadi masalah utk mencari makanan Halal. Kali ini semua peserta diserikan dengan makanan Halal. Walau bagaimanapun peserta dinasihat untuk membawa perasa tempatan kerana masakan di Beijing kering dan tidak berkuah.

Keempat : Waktu Malaysia dengan China tiada perbezaan. Maka peserta tidak perlu menukar masa dan waktu solat juga perlu diambil kira dalam perjalanan ini. Subuh 3.30 pagi, Syuruk 4:55 pagi, Zohor 12:20 tgh, Asar 4:10 ptg, Maghrib 7:30 mlm dan Isya' 9:10 mlm.

Kelima : Keperluan lain membawa "International Multi Purpose Adapter" kerana soket Malaysia dengan China tidak sama. Peserta juga digalakkan untuk membawa ubat-ubatan sendiri kerana ubat-ubatan di Beijing agak berbeza dengan Malaysia iaitu lebih kepada herba.

Peserta juga dinasihatkan untuk mengambil suntikan Anti Influenza sebelum berangkat ke luar negara. Suntikan ini berharga diantara RM60 - RM 75 yang hanya terdapat di hospital/klinik swasta. (bayar sendiri). Selain itu, keadaan panas kering di Beijing yang tidak pernah dialami oleh orang Malaysia menjadikan para peserta dinasihat untuk sentiasa kerap meminum air masak/air mineral.
Sekian info beijing, jumpa lagi di lembaran akan datang....




0 comments:

Post a Comment