Monday, May 17, 2010

Delegasi UTHM ke Beijing, China [PART 5]

HARI TERAKHIR DI BEIJING, CHINA

14 Mei 2010 Jumaat, merupakan hari terakhir delegasi UTHM berada di beijing. Meskipun singkat masa berlalu namun penuh bermakna selama delegasi berada di Beijing. Waktu penerbangan delegasi agak lewat oleh kerana tidak mendapat tiket penerbangan yang lebih awal iaitu pada pukul 12:45 tengah malam.

Pada hari terakhir delegasi, keadaan cuaca agak redup dan berawan. Delegasi bersiap-siap pada pukul 11:00 pagi untuk proses check out dari hotel. Proses check out tamat pada pukul 12:00 tengahari. Sedih pula hendak meninggalkan Beijing kerana banyak perkara yang belum sempat lagi delegasi terokahi di negara yang penuh tamadun ini.

Kali ini sarapan agak berbeza, delegasi tidak perlu ke restoran halal tetapi bekalan sarapan di hantar ke bilik delegasi masing-masing. Selesai sahaja check out delegasi bergerak ke sebuah restoran halal untuk menikmati makan tengahari. Seperti biasa, kesesakan lalu lintas perlu di harungi untuk melalui perjalanan di Bandaraya terindah ini.

Selesai sahaja makan tengahari, delegasi mengambil kesempatan untuk pergi sebuah pusat gedung pakaian untuk mengisi ruang yang ada sementara menunggu waktu penerbangan.




GEDUNG BELI BELAH (YASHOW)

Pusat membeli belah Yashow sangat terkenal untuk para pelancong yang datang ke Beijing. Pelbagai barangan yang di jual dalam gedung ini termasuk pakaian, kasut, bag, cenderahati, barangan elektronik, makanan dan kain.

Uniknya tempat ini, semua barangan yang dijual tidak berlabel harga barangan. Ini kerana, pusat ini adalah terkenal dengan proses tawar-menawar. Kebijaksaan orang yang menawar akan mendapat harga barangan tersebut mungkin tidak masuk akal. Sebagai contoh t-shirt jenama Paul Smith pada awalnya di tanya berharga 550 Yuan bersamaan RM275. Selepas proses menawar, harga yang di perolehi 30 Yuan bersamaan RM15. Jangan hairan jika pada asalnya harga yang di beritahu agak mahal tetapi perlu bijak untuk mendapatkan harga yang paling rendah. Nasihat daripada delegasi, jika ingin membeli belah di sini berhati-hati jangan sampai tertipu.

Suasana tawar menawar yang jarang-jarang di temui di Malaysia menjadikan kami sangat seronok. Pelbagai teknik yang digunakan untuk mendapat harga yang paling rendah. Teknik yang sering digunakan adalah merajuk dan pujuk rayu. Tetapi yang seronoknya, kebanyakan peniaga disini boleh bercakap bahasa inggeris dan ada juga yang boleh bercakap dalam bahasa melayu. Ini kerana, ramai pengunjung yang datang daripada Malaysia. Secara tidak langsung memudahkan pembeli dengan peniaga untuk berkomunikasi termasuk proses tawar-menawar.

Tempat ini sesuai untuk membeli belah tetapi harus berjimat cermat dan berhati-hati semasa membeli. Elak daripada tertipu dengan harga yang ditawarkan. Tips untuk menawar harga, mulakan dengan harga yang paling rendah dan mungkin mustahil bila di fikirkan semula tetapi itu realiti perniaga di sini.




BEIJING OF CHINA INTERNATIONAL AIRPORT (BCIA)

Setelah letih membeli belah, kini delegasi berangkat untuk solat di sebuah masjid berdekatan. Selesai sahaja solat, delegasi bergerak ke Lapangan terbang antarabangsa Beijing, China (BCIA). Tempoh untuk sampai ke BCIA mengambil masa sejam lebih. Semasa perjalanan ke BCIA, delegasi singgah sebentar untuk makan malam di sebuah restoran halal. Delegasi tiba di BCIA pada pukul 9:30 malam dan terus check in bagasi. Seterusnya delegasi melalui proses pemeriksaan imegresen. delegasi terpaksa membazir masa hampir sejam untuk beratur di sebabkan terlalu ramai orang dan sistem imegresen masih manual berbanding di KLIA yang menggunakan sistem auto-scan.
Kini delegasi sedang menunggu penerbangan dari BCIA ke Changi Airport, Singapore. Dijangka delegasi akan tiba di Changi Airport pada pukul 7:00 pagi 15 Mei 2010, sabtu.






MALAYSIA YANG DIRINDUI

Delegasi tiba di Changi Airport, Sinagapore pukul 7:10 pagi, . Delegasi akan transit penerbangan ke KLIA pada pukul 10:45 pagi. Sementara menunggu penerbangan ke KLIA, para delegasi pergi menunaikan solat subuh dan berkumpul semula pada pukul 9:00 pagi untuk bergerak ke Gate F11.

Semasa berkumpul di Gate F11, delegasi sempat membuat post-mortem untuk meluahkan isi hati masing-masing sepanjang perjalanan program berlansung. Post-mortem diketuai oleh saudara izzat untuk memulakan majlis. Masing-masing diberi tempoh seminit untuk memberi sepatah dua kata. Akhirnya, ada yang mengalirkan air mata kerana sayu untuk meninggalakan persahatan yang bergelar MPP 0809. Meskipun ini merupakan program terakhir bagi MPP 0809 tetapi tidak bermakna persahabatan kami putus begitu sahaja. Oleh itu, hasil post-mortem memutuskan untuk melakukan Reniuon besar-besaran selepas 5 tahun akan datang iaitu pada 1 Mei 2015.


Delegasi meninggalkan Changi Airport, dan tiba di KLIA pada pukul 11:10 pagi. Kerinduan kami terhadap Malaysia sukar untuk di gambarkan. Kini delegasi mula perpisah di KLIA kerana ingin pulang ke rumah dengan segera. Ini kerana, ada rakan yang lain perlu meneruskan latihan industri pada hari isnin. Beberapa peserta yang lain pula menaiki bas Universiti untuk pulang ke UTHM. Kami tiba di UTHM pada pukul 4:30 petang.

Syukur Alhamdulillah, kami selamat sampai dan tiada masalah besar yang berlaku sepanjang perjalanan program berlangsung. Semoga pengalaman yang kami perolehi selama berada di Beijing akan kami kongsi bersama rakan-rakan di UTHM.

Semasa proses Check Out di Hotel YanXiang, Beijing. Masa 11:00 pagi 14 Mei 2010, Jumaat.



Dalam perjalanan ke UTHM, Pada pukul 1.30 petang 15 Mei 2010, Sabtu. Tiba di UTHM pukul 4:30 petang

0 comments:

Post a Comment