Saturday, May 15, 2010

Delegasi UTHM ke Beijing, China [PART 2]

PERMULAAN HARI KEDUA

Hari bermula dengan sarapan pagi di restoran halal tepat jam 7.30 pagi. Sepertimana hari semalam, mentari terbit di ufuk timur seawal jam 5.00 pagi. Suhu tetap dingin dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Makanan yang disajikan sewaktu sarapan adalah nasi goreng beserta telur dadar dan sayur sawi.

Setelah selesai bersarapan, delegasi bertolak ke Beijing University of Petroleum (BUP) untuk sesi seterusnya. Namun demikian, di pertengahan jalan, delegasi singgah sebentar di Jade Museum untuk melihat sendiri hasil-hasil seni yang diperbuat daripada jed. Jed adalah sejenis batuan yang terkenal di China sebagai perhiasan rumah, diri serta turut memiliki nilai perubatan. Ia juga menjadi lambang kekuasaan dan kekayaan keluarga diraja terdahulu. Jed yang asli terasa sejuk walau di mana jua ia berada, cantik dan juga memiliki kekerasan yang tinggi. Muzium ini juga menjual jed pada harga yang berpatutan, dengan kualiti dan rekabentuk yang menarik.





BERSAMA UNIVERSITI PETROLEUM CHINA (CUP)

Delegasi tiba di CUP pada pukul 10.30pm. Delegasi di sambut dengan mesra oleh wakil pelajar dari CUP. Kami terus memulakan program dengan mendengar taklimat daripada Prof. Xudong Sun mengenai latar belakang CUP dan program-program yang di tawarkan di CUP. CUP menawarkan program degree, Master dan PHD. Menariknya, terdapat 2 orang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran bagi program Master yang ditaja sepenuhnya oleh Petronas. Petronas antara penaja utama yang tesenarai untuk penutut dari Malaysia. CUP bukan sekadar menawarkan progam yang berkaitan dengan Petroleum, tetapi ia juga menawarkan banyak kursus melibatkan kejuruteraan, perubatan, pengurusan, kebudayaan, sejarah dan teknologi. Universiti ini juga mendapat pengiktirafan daripada luar Negara dengan peningkatan jumlah pelajar Luar Negara tahun demi tahun.

Struktur pendidikan di china dengan Malaysia hampir sama. Dimana peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti perlu melalui persekolahan wajib selama 9 tahun kemudian boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Penuntut boleh menamatkan pengajian Diploma selama 3 tahun, Bacholar 4 tahun, Master 2-3 tahun manakala PHD selama 3 tahun. Jumlah pengajian tinggi di China bagi swasta sebanyak 1623 dan kerajaan 640. Malangnya, tiada subsidi pendidikan yang diberikan oleh kerajan sebagaimana di Negara Malaysia. CUP berada di antara 44 universiti terkemuka di China dan 5 terbaik di Beijing.

Peluang pekerjaan kepada pelajar pula lebih melihatkan kepada perkembangan industri yang terkini. CUP membantu pelajar untuk mendapatkan pekerjaan melalui industry yang menaja pelajar semasa melanjutkan pelajaran. Selain itu pelajar banyak di terapkan dalam program penyelidikan di industri untuk memudahkan pelajar lebih memahami keperluan syarikat tersebut.

Sistem pendidikan di Universiti sama seperti di Malaysia. Dimana CUP juga menggunakan sistem semester dalam pengajianiaitu dua atau tiga semester dalam setahun. Mereka juga mempunyai semester pendek yang juga dijalankan semasa cuti semester. Bagi pelajar antarabangsa, mereka dikehendaki mempelajari bahasa mandarin selama dua tahun bagi mengatasi masalah bahasa pengantaraan.

Semasa mengunjungi university ini, delegasi juga berpeluang untuk bertemu dengan dua orang pelajar dari Malaysia yang bernama Ivy (Batu Pahat, Johor) dan Steven (Sarawak). Mereka mengambil jurusan ijazah di sini dan banyak menceritakan pengalaman yang ditempuhi sepanjang belajar di China. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; walaupun pengalaman tersebut amat menyeronokkan, namun mereka masih tetap merindui Malaysia tercinta.



DOKUMENTARI TIAN 'ANMEN SQUARE

Lawatan pada hari kedua diteruskan dengan lawatan ke tian ‘anmen square (warisan kerajaan lama), sebahagian daripada kota larangan ‘forbidden city’. Lapangan ini adalah lapangan yang terbesar di dunia. Ia terdiri daripada pintu gerbang pertama ke forbidden city, muzium sejarah china, muzium revolusi china dan parlimen china. Di situ juga terdapat makam presiden pertama china yang amat disanjungi rakyatnya, Mao Zedung. Tian ‘anmen square juga merupakan tempat di mana presiden Mao mengumumkan deklarasi penubuhan republik rakyat china.

Suasana di tian ‘anmen square agak panas kerana iklim hampir ke musim panas. Ramai orang mengunjungi lapangan ini dari dalam dan luar Negara. Apa yang menariknya, kawalan keselamatan amat ketat di mana pengunjung yang masuk perlu melalui proses imbasan terlebih dahulu. Ini kerana kawasan ini amat berpotensi untuk dijadikan tempat berdemonstrasi, dan ini merupakan langkah kerajaan china untuk mengatasinya.







DOKUMENTARI FORBIDDEN CITY

Forbidden city juga dikenali kota larangan 2 dinasty menjadi sasaran seterusnya untuk diterokai peserta delegasi. Kota ini terdiri daripada 9 lapis pintu gerbang, melindungi kota diraja daripada serangan musuh. Pintu gerbang pertama adalah tian ‘anmen, di mana terletaknya tian ‘anmen square. Forbidden city menjadi pusat pemerintahan dinasti ming dan qing, di bina pada 1406 oleh maharaja yongle. Sejumlah 24 generasi maharaja bersemayam di kota ini. Ia dibina seluas 72000 meter persegi, terdiri daripada 8707 buah bilik.

Peserta delegasi amat kagum dengan seni bina dan arkitektur bangunan forbidden city. Menurut pemandu pelancong, bahan yang digunakan untuk membina dinding batuan di forbidden city masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini. Mungkin pada suatu hari nanti, salah seorang jurutera awam dari uthm mampu mengungkai rahsia di sebalik pembinaan the forbidden city.

DOKUMENTARI SUTERA CHINA

Setelah letih meninjau Forbidden City, delegasi kini menyelami pembutan sutera republic China. Delegasi difahamkan bahawa sutera yang asli (100% original) dikawal sepenuhnya oleh kerajaan dan ia merupakan salah satu hak warisan kerajaan China. Menariknya sutera ini tidak dibenarkan dieksport keluar Negara kerana kerajaan China ingin mengekalkan keaslian buatannya.

Pada awalnya sutera yang dihasilkan adalah Yellow River dan Yangtze River berusia 4000 tahun. Uniknya, buatan sutera ini berasal daripada Forbidden City. Tempat ini juga terdapat pusat penyelidikan Sutera yang di ilhamkan sejak zaman dynasty Ming.





Selepas mengenali pembuatan sutera China, kini delegasi bergerak untuk makan malam. Keletihan pada hari kedua tamat pada pukul 8:00pm. Mengenang perjalanan hari ini menjadikan delegasi lebih bersemangat untuk terus menjadi seorang lebih bergerak maju dalam ilmu penyelidikan dan teknologi sepertimana yang di kekalkan oleh kerajaan China sejak ribuan tahun dahulu. Kecanggihan teknologi China menjadikan barangan peninggalan sejarah kerajaan China terus menjadi semakin bermakna di mata dunia kini.

Bertemu lagi di coretan hari ketiga.....

0 comments:

Post a Comment