Sunday, May 16, 2010

Delegasi UTHM ke Beijing, China [PART 4]

PERMULAAN HARI KEEMPAT


Seperti biasa, delegasi akan sarapan terlebih dahulu. Pergerakan hari ini seawal pukul 7 pagi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kesesakan lalu lintas. Namun, kesesakan lalu lintas tetap di tempuhi seperti hari-hari sebelumnya. Mungkin sudah senonim dengan nama bandaraya dengan kesesakan lalu lintas. Bandaraya manakah yang yang tiada kesesakan lalu lintas?


Kali ini, semua peserta delegasi akan mengikuti perjalanan program termasuk saudara Navinder. Beliau sudah mula beransur pulih. Alhamdulillah.


DOKUMENTARI KRISTAL



Selesai sahaja sarapan, delegasi bergerak ke sebuah pusat Kristal yang terkemuka di beijing. Perjalanan agak jauh juga iaitu memakan masa sejam lebih. Sampai sahaja di pusat tersebut, delegasi akan mendengar taklimat terlebih dahulu di dalam sebuah bilik seakan kuliah subjek kristal sedang dijalankan.





DOKUMENTARI PERUBATAN CHINA

Mengenali perubatan China menjadi destinasi seterusnya. China terkenal dengan ilmu perubatan namun kebanyakkan produk yang dihasilkan tidak di eksport ke luar Negara. Sama seperti sutera dimana produk perubatan juga dikawal oleh kerajaan.

Apa yang menarik semasa sesi taklimat dibuat, kami sempat di persembahkan sebuah lakonan yang mungkin nampak mustihal tapi benar berlaku. Bao Fu Ling merupakan ubat yang sangat laris dimana ia boleh merawat kesan lecur dan terbakar, gatal, neorodermatitis, gigitan serangga dan sakit-sakit otot. Demo yang ditunjukkan sangat menakjubkan. Seorang wakil yang membuat taklimat tersebut memegang rantai besi yang telah di panaskan sehingga rantai tersebut berbara dan berwarna merah. Tangannya melecur seperti terbakar lalu beliau cepat-cepat menyapu ubat Bao Fu Ling pada tangannya. Setelah beberapa minit sahaja, tangannya pulih seperti biasa dan tiada kesan-kesan kecederaan yang ketara kelihatan. Keadaan ini benar-benar berlaku di hadapan kami semua. Sungguh menakjubkan....


Kami juga sempat membuat pemeriksaan peredaran darah kami sendiri. Walau bagaimanapun, agak mengecewakan apabila kami di larang untuk mengambil gambar. Jika ingin mengetahui perkara ini dengan lebih lanjut boleh berhubung melalui maklumat di bawah :

Tel No : 8610-80761585
Fax : 8610-80761925
website : http://www.bjbst.com.cn
Email : bst@bjbt.com.cn



DOKUMENTARI GREAT WALL (TEMBOK BESAR CHINA)

Kini menjejak sejarah silam Pemerintahan Maharaja. Merasai sendiri keperitan rakyat dan askar zaman Maharaja dahulu untuk membina Tembok Besar China.

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

1. 208 SM (Dinasti Qin)
2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar "kubur terpanjang di dunia".

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negera China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasti Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.


Kelihatan seperti mudah untuk melalui Tembok besar ini, tapi hakikatnya berbeza. Tidak ramai orang dapat melalui perjalanan ini sehingga ke penghujung Tembok Besar. Tangganya yang curam menjadikan ia mudah letih untuk di daki. Persoalannya, bagaimana rakyat zaman dahulu yang di perhambakan untuk menyiapkan tembok tersebut tanpa teknologi canggih. Uniknya, batu yang digunakan juga sangat kukuh sehingga kini. Mungkin material ini boleh dijadikan bahan kajian di kalangan pelajar Kejuruteraan Awam UTHM untuk merungkai kekuatan batu-batu ini.




DOKUMENTARI CLOISONNE


Delegasi seterusnya makan tengahari di sebuah restoran halal yang berdekatan dan menunaikan solat secara berjemaah di restoran yang sama. Kemudian delegasi terus membuat lawatan ke pusat tembikar terbesar di Beijing.

Cloisonne berasal di Beijing semasa Dinasti Yuan dan menjadi lazim semasa tempoh pemerintahan Jing Tai (1450-1456) dalam Dinasti Ming. Ia lazimnya digelar sebagai "Jing Tai Biru" iaitu warna biru yang dominan digunakan untuk pengenamelan.

Pembuatan cloisonne melibatkan proses-proses rumit dan agak terperinci seperti berdasarkan ketukan, membuka Tembaga Inlaying, inti Enamel, penembakan Enamel, Polishing dan Gilding. Pekerja-pekerja yang mahir sentiasa diperbaiki dan di galakkan untuk meningkatkan teknik pembuatan seni Cina yang tersendiri

Keunikan dan kecanggihan teknik closinne di aplikasikan dalam pembinaan tembikar dan ia sangat popular di China.
Delegasi sempat meninjau cara pembuatan tembikar melalui teknik cloisonne.




BALIK HOTEL

Keletihan hari keempat dengan menyelami sejarah silam Tembok besar China menjadikan delegasi berangkat balik ke hotel lebih awal. Sebelum balik hotel, delegasi seperti biasa akan makan malam terlebih dahulu di sebuah restoran halal. Delegasi tiba di hotel pada pukul 8:00 mlm.

Saudara Navinder pula kelihatan lebih sihat berbandaing hari semalam. Mungkin kesan daripada ubat yang di perolehi daripada Pusat Perubatan China yang delgasi kunjungi pagi tadi. Navin menampal koyok di kedua belah kiri dan kanan kepalanya. Koyok memang banyak kegunaan untuk meyembuh sakit-sakit ringan namun rahsia pembuatan koyok dilindungi sejak zaman dahulu kala.

Bertemu lagi dalam coretan hari terakhir delegasi UTHM di Beijing....

0 comments:

Post a Comment