Friday, May 21, 2010

Kenali Beijing, China

Beijing dahulunya dikenali sebagai Peking, merupakan metropolis di China utara serta juga ibu negara Republik Rakyat China. Diperintah sebagai wilayah perbandaran di bawah pentadbiran secara langsung oleh pemerintahan pusat. Beijing bersempadan dengan Wilayah Hebei di utara, barat, selatan, dan sebahagian kecil di timur, serta juga Wilayah Perbandaran Tianjin di tenggara. Ia merupakan salah satu daripada Empat Ibu Kota Kuno Agung China. Beijing ialah bandaraya yang kedua terbesar di China selepas Shanghai dengan melebihi 17 juta penduduk di dalam kawasan bidang kuasa Beijing. Bandaraya ini dibahagikan kepada 16 buah daerah bandar dan subandar serta 2 buah kaunti luar bandar. Beijing merupakan pusat pengangkutan utama dengan berpuluh-puluh landasan kereta api, jalan raya, dan lebuh raya yang merentasi bandar raya ini. Ia telah diiktiraf sebagai sebuah pusat politik, pendidikan, dan budaya Republik Rakyat China manakala Shanghai dan Hong Kong menguasai bidang ekonomi. Beijing terkenal kerana istananya yang mewah, kuil, tembok batu, dan gapuranya. Barang-barang seni dan universiti-universitinya telah lama menjadikannya sebagai sebuah pusat budaya dan seni di China. Pada 2008, Beijing menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Olimpik.

Tidak banyak bandaraya di dunia selain daripada Beijing, yang telah bertindak sebagai pusat politik dan budaya kepada sebuah kawasan sebesar China buat begitu lama. Encyclopædia Britannica mengelarnya sebagai "salah satu bandar raya yang terunggul di dunia" dan mengisytiharkannya sebagai satu bandaraya yang merupakan sebahagian sejarah China yang penting buat berabad-abad.

0 comments:

Post a Comment