Saturday, May 15, 2010

Delegasi UTHM ke Beijing, China [PART 3]

PERMULAAN HARI KETIGA

Permulaan hari ketiga seperti biasa dengan hari sebelumnya dengan bersarapan pagi di sebuah restoran halal. Kedinginan pagi ini pada suhu 12°C membuatkan delegasi agak kesejukan. Malangnya pada hari ketiga, seorang daripada delegasi tidak dapat mengikuti perjalanan program disebabkan demam iaitu saudara Navinder. Dia terpaksa berehat dibilik seorang diri manakala peserta delegasi yang lain akan meneruskan perjalanan program.


Seperti biasa, Beijing yang terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya meyebabkan perjalanan delegasi terganggu. Saudara Chuan selaku pengendali bahagian lawatan ke Universiti Language and Culture menelefon pihak Universiti untuk memaklumkan akan masalah yang dihadapi bagi mengelakkan pihak Universiti menunggu terlalu lama.


BERSAMA UNIVERSITI BAHASA DAN KEBUDAYAAN CHINA (BLCU)

Delegasi tiba di BLCU pada pukul 10:00 pagi lewat 2 jam sepertimana yang dijanjikan. Delegasi terperangkap dengan kesesakan lalu lintas hampir 3 jam. Kesuntukan masa untuk berada di BLCU maka delegasi terpaksa bertindak pantas untuk memdapatkan maklumat di BLCU.


BLCU merupakan salah satu Universiti kerajaan. Universiti menggunakan bahasa penghataran sepenuhnya dalam bahasa Mandarin. Penggunaan bahasa inggeris tidak digalakkan digunakan dalam kampus. Terdapat 5 fakulti dan semua program yang tawarkan berkaitan dengan bahasa, sejarah dan kebudayaan Negara China. Istimewanya, universiti ini sangat popular bagi pelajar antarabangsa dimana 3 fakulti adalah khas untuk pelajar antarabangsa. Kini BLCU dapat melahirkan 12000 graduan antarabangsa mahir dalam bahasa Mandarin setiap tahun.


Delegasi sempat bertemu dengan seorang penuntut dari Malaysia yang bernama Siew Yie yang berasal dari Pahang. Beliau sangat gembira bertemu dengan delegasi dari Malaysia. Siew Yie antara penuntut yang mengambil jurusan Bahasa Mandarin dan merupakan pelajar tajaan KPTM yang bakal menjadi guru Bahasa Mandarin kelak.


Mungkin, Malaysia perlu ada “Universiti Bahasa dan kebudayaan Malaysia “ bagi mengekalkan penguasaan bahasa dan memartabatkan bahasa Malaysia diperingkat dunia. BLCU menjadikan kami sangat kagum dengan Republik China yang berjaya mengekalkan martabat bahasa dan kebudayaan mereka dengan sempurna.





BERSAMA UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI BEIJING (USTB)


Tepat pukul 10:30 pagi, delegasi terpaksa meninggalkan BLCU dan terus bergegas ke USTB yang tidak jauh daripada USTB. Delegasi tiba di USTB pukul 11:00pagi dan terus ke bilik taklimat untuk mendengar sesi taklimat. Sambutan daripada pelajar-pelajar USTB membuat kami sangat terharu.


Sejarah pembangunan USTB hampir sama dengan UTHM dimana penukaran nama bermula daripada pusat pendidikan, Institute Iron and Steel sehingga ia bergelar Universiti Sains dan Teknologi Beijing. Program pengajian yang di tawarkan lebih kepada kejuruteraan dan teknologi untuk degree,master dan PHD. Bermula 1954 USTB menerima pelajar antarabangsa dan kini penuntut pelajar antaranbangsa sebanyak 5000 orang. Manakala penuntut dari Malaysia seramai 26 orang yang menuntut program kejuruteraan.


USTB antara university yang terkenal dengan kejuruteraan Robotik dan merupakan Universiti yang sering Juara dalam pertandingan Robot di China. Seperti UTHM yang mempunyai pusat penyelidikan EMC, USTB pula mempunyai pusat penyelidikan Robotik. Malangnya semasa sesi lawatan ke pusat tersebut, delegasi dilarang untuk mengambil gambar dan video.


Kecanggihan infrastruktur USTB cukup mengangumkan peserta delegasi. Bentuk bangunan dan kemudahan yang disediakan seolah-olah berada di sebuah bandaraya. USTB juga mempunyai gelanggang khas untuk olimpik. Sistem wireless dan fasiliti sukan sangat baik berbanding dengan UTHM tetapi perkhidmatan pengangkutan tidak disediakan seperti mana di UTHM. Menariknya, penuntut di USTB lebih gemar menggunakan basikal atau berjalan kaki untuk pergi atau balik dari kuliah.










DOKUMENTARI DI BIRD'S NEST

Stadium Kebangsaan Beijing atau lebih dikenali sebagai sarang burung (bird's nest) merupakan stadium utama untuk sukan Olimpik Beijing 2008. Stadium ini menjadi hos utama majlis pembukaan dan penutupan selain menjadi lokasi pertandingan olahraga.

Struktur hebat ini siap sepenuhnya pada Mac 2008 dan mampu menampung kapasiti 91000 penonton pada temasya sukan Olimpik nanti. Stadium ini mempunyai 330 meter panjang, 220 meter lebar dan 69.2 meter tinggi. Pembinaannya berasaskan keluli sepanjang 36 Km yang dibentuk supaya menyerupai sarang burung. Berat keseluruhan stadium ini mencecah 45000 tan meliputi 258000 kaki persegi.

Stadium ini memakan kos 3.5 billion yuan (423 billion USD) atau bersamaan dengan RM 1.35 billion. Pernah satu ketika dianggap mustahil untuk dibina dan kini merupakan struktur tarikan Pelancong.





DOKUMENTARI DI WATER CUBE


Pusat Akuatik Kebangsaan Beijing direka oleh PTW Architects, dan CSCEC International Design and Arup with structural Engineers Arup conceiving the structure.

Dibina bersebelahan dengan stadium kebangsaan Beijing (Bird's Nest), struktur ini berasaskan rangka keluli dengan teknologi yang asalnya untuk kegunaan angkasa lepas. Setiap rangka keluli tersebut mempunyai polimer seperti cermin air yang membenarkan kadar penembusan cahaya lebih baik daripada cermin biasa dan dipercayai dapat menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 30%.

'Water cube' mampu menampung sehingga 17,000 penonton pada acara air semasa sukan Olimpik Beijing nanti. Struktur mega ini dibina atas keluasan sehingga 65,000 kaki persegi.

Dahulu Water cube dijadikan pusat sukan olimpik dan kiniia dijadikan pusat aktiviti riadah untuk kegunaan orang.











BERSAMA PENGUSAHA PERMATA

Seterusnya delegasi beralih ke sebuah pengusaha permata. Kami di fahamkan pemilik kedai tersebut adalah orang Malaysia. Beliau mula memulakan perusahannya sejak Sukan Olimpik 2008 yang lepas sehingga kini. Permata yang tulen adalah berasal dari Sri Lanka dan semua material syarikatnya diperolehi dari Sri Lanka. Semasa sesi penerangan di buat di dalam sebuah bilik kecil, delegasi di dedahkan cara melihat permata dengan betul. Namun pada masa yang sama kami cuba untuk menangkap gamabar tapi di larang.

Untuk mengetahui permata adalah asli atau tidak, gunakan cahaya laser dan pancarkan ke bawa permata. Jika permata memancarkan banyak biasan cahaya yang bersinar maknanya asli, jika sebaliknya permata tersebut kemungkinan palsu.

Berikut antara gambar yang sempat kami ambil semasa pemilik kedai keluar seketika...







PERTUNJUKKAN "ACROBATIC"

Selepas tamat sahaja sesi mengenali permata, delegasi bergerak ke sebuah restoran halal untuk makan malam. Masa menunjukkan pukul 6.00 petang tetapi keadaan cuaca sudah mula sejuk pada paras 10°C. Selesai sahaja makan malam, delegasi bergerak kesuah pusat pertunjukkan Acrobatic. Pertunjukkan akan bermula pada pukul 7.15 mlm. Lazimnya, pertunjukkan Acrobatic dibuat dua kali sehari iaitu pada pukul 5.15 petang dan 7.15 mlm.

Sebut sahaja Acrobatic semua orang tahu ia berasal daripada Negara China. Sebenarnya, pertunjukkan yang penuh aksi dan unik ini sememangnya berjaya menambat hati penonton tetapi banyak kisah pahit di sebalik pertunjukkan ini. Ia mungkin boleh dianggap suatu penderaan kanak-kanak dimana seawal usia 3 tahun kanak-kanak ini dilatih untuk membuat pertunjukkan. Masa depan kanak-kanak ini juga hanya bergantung sepenuhnya dengan pertunjukkan Acrobatic selama-lamanya. Kebanyakkan kanak-kanak ini tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan hanya bergantung dengan kelebihan yang mereka ada. Sukar untuk di jangkakan dimana kemuncak kejayaan mereka kelak.






"KECEMASAN"

Selesai sahaja pertunjukkan Acrobatic, delegasi berangkat balik ke hotel. Delegasi tiba di hotel pada pukul 10:00 mlm. Setiba di hotel, kami terus bersihkan diri dan Solat Jamak Akhir. Sehari suntuk perjalanan program membuatkan kulit kami kering dan mula rasa kurang selesa. Dikala rakan-rakan yang lain sedang berehat, tiba-tiba kami dikejutkan dengan keadaan saudara Navinder yang sedang sakit itu. Suhu beliau meningkat pada tahap 38°C dan leher beliau bengkak. Kami difahamkan bahawa beliau telah menelan penadol 6 biji sehari. Kami bergegas memaklumkan hal ini kepada pegawai pengiring. Puan Norzana dan 2 rakan yang lain terpaksa menghantar beliau ke klinik.
Tiga buah klinik mereka kunjungi, namun ketiga-tiga klinik tersebut memberi kos yang tinggi untuk pemeriksaan. Akhirnya mereka hanya membeli ubat tahan sakit sahaja. Untuk pengetahuan semua, Negara China tidak mempunyai subsidi kesihatan daripada kerajaan. Oleh itu, semua kos perubatan di China agak mahal dan ditanggung 100% oleh pesakit.
Kami cuma mampu berdoa agar kesihatan saudara Navin cepatt sembuh dan dipermudahkan segalanya.

0 comments:

Post a Comment